Keputusan Penuh Tinta Kenyalang 2008

PERADUAN MENULIS SASTERA KREATIF (PUISI) 2008

Pertama: Dahiri Saini (puisi Kalifah Qaf)
Kedua: William Chan (puisi Ayam Tersabung)
Ketiga: Dayang Azizah Mohd Salleh (puisi Bakong dan Sebuah Cinta Imaniyyah)
Saguhati: Nurliyana Abdullah (Warna Kesejahteraan), Dayangku Saurai Awangku Matasan (Kau Kini Hampir Mati), Justi @ Saini Amban (Ilahirabbi), Saripah Aziah Wan Yon (Tiada Peluang Kedua) dan Omar Sidek Murat (Puisi Kasih Buat Guru Terkasih).

PERADUAN MENULIS ESEI BERSEMPENA BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA 2007/2008

Pertama: Tiada pemenang
Kedua: Jeniri Amir (Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu)
Ketiga: Norhasmanalinda Mustapha (Peranan Bahasa Kebangsaan: Wahana Penjana Minda dan Pemersatu Bangsa)
Saguhati: Baki Morshidi (Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu), Frankie anak Latit (Bahasa Dijajah, Bangsa Parah) dan Yong Chwan Fwu (Sejauh Mana Kaitan Bahasa Melayu Dengan Murid Kurang Upaya Penglihatan dan Bagaimana Mempertingkatkan mata Pelajaran Tersebut)

PERADUAN PENGISAHAN SEMULA CERITA RAKYAT SARAWAK 2007/2008

Pertama: Lina Anak Chabu (Sumpah Kuang Kapung)
Kedua: Lina Binti Mili (Si Bunsuk dan Si Kurung)
Ketiga: Ngadit Anak Sawing (Ijau Menuntut Bela)
Saguhatiz: Yami Anak Taka (Perempuan Beranak Dua Dengan Buaya Jantan), Ngadit Anak Sawing (Tambab Makan Sisa Lauk Sendiri), Carolane Manisah Liwong (KIsah Si Tok Belavan Ayak), Muhamad Bohari (Asal-usul Pelangi), Atiqah Adena Mutiara Abdullah (Rusa Lajang), Maria Anak Ahoi (Umang dan Endun) dan Nurul Hidayat Louis Abdullah (Bujang Patin).

HADIAH PENGHARGAAN PENULIS SARAWAK 2007

KATEGORI CERPEN

Roslan Jomel (Lelaki DI dalam Tin), Jong Chian Lai (Engsera), David Belulok (Biarkan Bayu Gunung Terus Berpuput), Abdul Malek Haji Bedu (Dendam) dan Jaya Ramba (Saksi Mata Darah Pejuang Terakhir).

KATEGORI PUISI

Roslan Jomel (Perempuan Yang Berkalung Reben di Tengkuk Kacanya), Zainal Abidin Haji Suhaili (Kelawar dan Sangkar), Rosani Hiplee (Terima Kasih, Cikgu), Hazami Jahari (Sesekali Menjadi Terhormat) dan Jemat Gani (Untuk-Mu Kekasih Sesuci Hijrah).

KATEGORI ESEI

Abdul Rasid Subet (Mentafsir Puisi Abizai daripada Nazrah Semiotik), Abang Patdeli Abang Muhi (Mengenal Mitos Dayak Lewat Novel Kelingkang dan Roman Upacara), Jeniri Amir (Mewajahkan Negara Bangsa Tulen Melalui Sastera), Ja’afar Haji Hamdan (Meneliti Memori Sebuah Rindu Daripada Nazrah Formalisme), dan Zaini Oje @ Ozea (Dialogisme dan Intertekstualiti Dalam Membaca Karya Sastera).

HADIAH PENULIS DAN PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH MENENGAH NEGERI SARAWAK 2007

Majalah Terbaik: Majalah Pioneer dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi

KATEGORI BAHASA

Pertama: Majalah Suara Openg dari SMK Tun Abang Haji Openg
Kedua: Majalah Pioneer dari SMK Marudi
Ketiga: Majalah Al-Itqan dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (ketiga

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan. Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Jiso Rutan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak, Haji Mortadza Alop turut hadir.

Sertai kegiatan kebahasaan, kesusasteraan

Ketika merasmikan Majlis Tinta Kenyalang 2008 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Kuching baru-baru ini, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan menyeru semua pihak tidak ketinggalan menyertai segala kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.

Semua itu ujarnya, merupakan ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan agar semua lapisan masyarakat di negeri ini tidak terpinggir dalam arus pembangunan yang dilaksakan oleh kerajaan.

“Saya berharap agar kita membina persepsi baharu terhadap kepentingan dan fungsi bahasa dan sastera kebangsaan kita. Aoa-apa juga kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan hendaklah kita lihat sebagai wacana dan wahana pengembangan literasi budaya dan intelektual dalam kalangan masyarakat negara kita.

“Selain itu, kita hendaklah mengubah salah persepsi kita dengan melihat bahasa dan sastera kebangsaan sebagai milik golongan tertentu sahaja. Sebaliknya, harus mengiktiraf fungsi kedua-dua bidang ini sebagai elemen dominant dalam pembinaan tamadun bangsa,” katanya.

(Rencana lanjut pada Stail Seni Budaya Utusan Sarawak Rabu depan)