1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara

ARTIKEL 1: 

Rosni Ili johanDeklamasi Puisi Kemerdekaan negeri

ROSNI Ili, 40 akan mewakili Sarawak ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur setelah muncul johan deklamasi yang sama di peringkat negeri baru-baru ini.

Di peringkat akhir, Rosni Ili yang pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiong Hua, Sibu menewaskan Maslina Mahbu, Abdullah Julaihi, Mohd Firdaus dan Abd Wahab Firdaus Khairaf.

Rosni aktif sebagai ahli Persatuan Karyawan Sastera (Pekasa) Sarawak dan Warisan Anak Seni Sibu (WARASS). Waktu lapangnya dipenuhi gemar meluangkan masa untuk bergiat aktif dalam PEKASA dan WARASS Sibu.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Persekutuan, Mohamad Zahari Razali. Timbalan Pengarah Penerangan Negeri, Zaini Mohamad, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Haji Hamzah Hamdani, Penolong Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Dr. Hazami Jahari, Ketua Satu PEKASA, Ja'afar Haji Hamdan dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan, Helmy Hamid turut hadir turut hadir.

Dalam ucapannya, Zaini Mohamad menjelaskan, Rosni ialah contoh terbaik bagi semua pihak dalam memastikan setiap generasi kini disemarakkan semangat patriotisme dan kemerdekaannya.

"Dengan kemenangan yang dicapai, beliau dipertanggungjawabkan untuk mempertahan kejuaraan sayembara puisi ini di peringkat kebangsaan kelak, yang turut pernah dimenangi Zakaria Abdul Manan di Kuala Lumpur tahun lalu," ujarnya.

ARTIKEL 2: 

1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara

BULAN Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasakan bahasa kebangsaan. BBK merupakan gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Kegiatan khusus BBK dilaksanakan sei seluruh negara sepanjang Oktober ini. Tahun ini merupakan tahun ke-14 BBK diadakan.

BBK bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

BBK sebenarnya adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Ia mula diperkenalkan pada 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera.

Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka.

Matlamat BBK ialah menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan citra serta jati diri bangsa dan negara.

Kedua, mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan; dan ketiga, mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.

Tema sambutan BBK tahun ini ialah 1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara.

3 comments:

EBO GAMINGS said...

Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
Bonus yang tersedia saat ini
Bonus new member Sportbook 100%
Bonus new member Slot 100%
Bonus new member Slot 50%
Bonus new member ALL Game 20%
Bonus Setiap hari 10%
Bonus Setiap kali 3%
Bonus mingguan Cashback 5%-10%
Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
Bonus Referral
Minimal deposit hanya 10ribu

MAGS PREMIUMS said...

"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

izzi said...

Nice post, keep it up.
Hope you are well in the current situation.
cvaas