Ketika merasmikan Majlis Tinta Kenyalang 2008 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Kuching baru-baru ini, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan menyeru semua pihak tidak ketinggalan menyertai segala kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.
Semua itu ujarnya, merupakan ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan agar semua lapisan masyarakat di negeri ini tidak terpinggir dalam arus pembangunan yang dilaksakan oleh kerajaan.
“Saya berharap agar kita membina persepsi baharu terhadap kepentingan dan fungsi bahasa dan sastera kebangsaan kita. Aoa-apa juga kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan hendaklah kita lihat sebagai wacana dan wahana pengembangan literasi budaya dan intelektual dalam kalangan masyarakat negara kita.
“Selain itu, kita hendaklah mengubah salah persepsi kita dengan melihat bahasa dan sastera kebangsaan sebagai milik golongan tertentu sahaja. Sebaliknya, harus mengiktiraf fungsi kedua-dua bidang ini sebagai elemen dominant dalam pembinaan tamadun bangsa,” katanya.
(Rencana lanjut pada Stail Seni Budaya Utusan Sarawak Rabu depan)
No comments:
Post a Comment