Bunga Yang Menangis


Bunga yang Menangis

Judul : Bunga yang Menangis
Genre : Kumpulan Puisi
Karya : Ja’afar Haji Hamdan
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pencetak: Dawama Sdn. Bhd.
http://www.dawama.com/
ISBN : 978-983-62-9694-8
Halaman : 175

"Pujian harus diberikan kepada Ja’afar Haji Hamdan atas kepekaannya mengilustrasikan aktiviti dan situasi benda hidup lain pada waktu malam seperti puisi ‘Bunga yang Menangis’ kerana jarang-jarang ada penyajak yang terpanggil untuk mengutarakan hal ini," kata Rahimah A. Hamid dalam Dewan Sastera terbitan September 2004.

Sementara itu, T. Alias Taib dalam majalah sama terbitan Julai 2000 pula menyatakan, "Puisi ‘Rumah Kaca’ karya Ja’afar Haji Hamdan merupakan sajak yang bersifat simbolik dan agak ambiguous"

Seterusnya, "Puisi ‘Rumah Abadi’ karya Ja’afar Haji Hamdan mengungkapkan pengalaman keagamaan, begitu erat hubungannya dengan Tuhan Maha Pencipta," kata Dharmawijaya dalam Dewan Sastera, terbitan Januari 2002.

Zurinah Hassan dalam Dewan Sastera, terbitan Jun 2003 pula mengungkapkan, "Sajak pendek ‘Bukan Rindu Biasa’ karya Ja’afar Haji Hamdan menggambarkan pantai yang menyimpan banyak cerita. Penyair menulis tentang kenangannya yang ternyata bahan kenangan yang menggimbaran."

Ini merupakan antara gambaran ringkas tentang ‘Bunga yang Menangis’ yang memuatkan 107 puisi karya Ja’afar Haji Hamdan sejak tahun 1997.

Ja’afar Haji Hamdan atau nama penanya Farmila Hamdi merupakan anak kelahiran Sri Aman dan dilahirkan pada 19 September 1969.

Bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak. Berkelulusan Bacelor Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia.

Banyak menulis rencana, esei kritikan, puisi dan cerpen. Beliau pernah memenangi hadiah utama Peraduan Menulis Puisi anjuran PEMADAM (1994), Johan Pertandingan Menulis Sajak Warga DBP Cawangan Sarawak (1998), Hadiah Penulis Harapan Negeri Sarawak (1998/1999, 2000/2001, 20001/20002, 20003/2004).

2 comments:

Penabahari said...

Tahniah buat sdr Jaafar atas penerbitan antologinya.
Salam buat Radin..lama sik nengar berita kitak.

dahirisaini said...

padah ngan K1 ya, suruh molah prbincangan kumpulan puisi nya ya, kmek ado kumpulan drama, dpt join sekali, ado juak aktiviti pekasa.