Santai Sastera Sejam

MINGGU lalu, penulis menerima panggilan daripada kerabat Angkatan Pengkarya Indie untuk menjenguk walau seketika ke program Santai Sastera Sejam yang merupakan antara program terkini gerakan berkenaan untuk tahun 2008.

Diadakan di Square Tower Tebingan Kuching, program tersebut hanya memperuntukkan masa selama sejam untuk membincangkan sesuatu tajuk.

Pembicara undangan pertama ialah Taufek Firdausi yang mengutakan tajuk Gerakan Kesusasteraan Mahu Bagaimana – Pupus atau Terus Hidup.

Kehadiran audiens memang tidak ramai. Malah, sudah dijangkakan program tersebut hanya akan dihadiri oleh rakan terdekat sahaja. Dianggarkan seramai kurang 10 audiens.

Antaranya, Zakaria Manan, Armiza Nila, Yusuf Fansuri, Zainal Abdin, Tajul Ashikin, Sajali Mohamad. Dua tokoh yang dinanti-nantikan ialah Abdillah SM dan Pharo Abdul Hakim.

Sepanjang tempoh sejam, Taufek banyak membicarakan tentang gerakan ataupun persatuan penulis.

Seterusnya, Taufik telah menjelaskan bahawa Sarawak sememangnya mempunyai ramai penulis terutama untuk puisi yang berkualiti dan mempunyai pengajaran yang baik.

Malah, katanya, ada karya tersebut mungkin sebaik Membentuk Elok di Teluk Esok oleh Abizai Abi.

Sementara itu, pada sebelah malamnya, Angkatan Pengkarya Indie turut mengakana Baca Puisi Jalanan di Tebingan Kucing.

Kedua-dua perkara tersebut akan dijadikan sebagai acara bulanan bagi memeriahkan perkembangan kesusasteraan di negeri ini.

(Utusan Sarawak, 24 April 2008)

1 comment:

Penabahari said...

Saya tertarik sekali terhadap fakta yg dikemukakan oleh Tuan Hj Taufek Firdausi berkenaan Pengiran Mahkota. Amat baik sekali jika dapat kita perolehi bahan-bahan bernilai sebegini supaya sejarah boleh ditulis dengan betul tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
Sehingga kini kebanyakan buku sejarah menggambarkan Brooke dan konco-konconya sebagai hero dan Pengiran mahkota sebagai villain.
Ah! betapa begitu mudah sejarah diselewengkan.