“DARIPADA pemerhatian dan penelitian terhadap karya sastera para penulis generasi baru di Sarawak, saya mendapat kesan bahawa mereka memiliki kesedaran yang tinggi sebagai penulis yang serius” kata Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Haji Hamzah Hamdani.
Menurutnya, di samping bakat alamiah, mereka memiliki ilmu Bantu yang luas dan ketekunan berkarya serta rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan Maha Pencipta Yang Esa.
“Dengan akar kesedaran yang kuat, sebagai manusia dan hamba Allah, dan rasa tanggungjawab kepada kualiti dan etika penulisan, maka cabaran sezaman, globalisasi umpamanya, tidak akan menggugah atau menghanyutkan dan mengikis jati diri mereka sebagai penulis di Sarawak khasnya dan Malaysia umumnya.”
Dalam menghadapi cabaran zaman glaobalisasi kini, golongan penulis jelas Hamzah, harus berfikiran positif sebagai perisai mendepani godaan budaya global yang perlahan-lahan ditarik ke arah dominasi nilai-nilai hidup Barat, yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan moral dunia Timur.
“Kita harus menyusun strategi berkesan bagi memperkasa makna sastera dalam dunia persuratan di negara kita kerana hal tersebut akan mencerminkan kemampuan ketinggian tamadun kita.”
Mengulas lanjut hal tersebut melalui makalahnya, Memperkasa Makna Sejarah, Membangkit Kesedaran Fungsi Intelektual Kaum Penulis Sarawak, Hamzah menjelaskan, pemahaman terhadap fakta sejarah amat penting untuk para penulis menghadapi masa depan dalam usaha mencipta hasil karya sastera yang lebih berkualiti.
“Kita akan tahu di mana tahap kedudukan kita, sama ada dalam aspek persoalan yang pernah diungkapkan mahupun kualiti karya yang telah kita capai.”
Katanya, dalam zaman moden yang lebih mengutamakan kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan ‘pengagungan’ nilai-nilai hidup yang materialistic, kehadiran kaum penulis seakan-akan ‘terpinggir’.
Di media massa ujarnya, ruang untuk sastera semakin mengecil dibandingkan dengan ruang untuk politik, ekonomi, sukan dan hiburan.
“Ruang sastera dianggap tidak membawa pulangan keuntungan sehingga ia sering terhimpit atau terkeluar apabila ruang tersebut diperlukan untuk menampung iklan.
“Meskipun demikian keadaannya, dunia sastera tidak pernah ‘mati’ kerana pengamal dan peminatnya masih bertahan, dan terus ‘tumbuh tunas-tunas baru yang akan menyuburkan taman sastera tanah air.
“Walaupun menjadi penulis tidak ‘menjamin’ pulangan material yang memberangsangkan, namun kaum penulis adalah pendukung idealisme yang sentiasa menyeramakkan nilai-niali murni berdasarkan kebenaran abadi.
“Inilah golongan intelektual yang harus terus ditumbuhsuburkan keberadaannya dalam masyarakat kerana mereka pembawa ‘obor’ kebenaran yang menyuluh jalan untuk kemajuan sesuatu bangsa atas landasan yang benar berasaskan nilai-nilai moral yang abadi.”
Dalam konteks Sarawak jelasnya, penemuan buku Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusasahan Waktu Perang Sampai Mendapat Kemenangan karya Ahmad Shawal Abdul Hamid di Perpustakaan Rhodes House, Oxford, London pada awal 1980-an telah membuka lembaran baru kepada sejarah “novel” di Malaysia.
Dicatatkan bahawa tempat percetakannya ialah di Bukit Persinggahan, Kuching pada 1876. Pengarangnya ialah juru tulis Brooke. Hal ini memperlihatkan bahawa beliau adalah golongan terpelajar, dan hidup dalam lingkungan mereka yang berkuasa.
Oleh kerana itu, melalui Hikayat tersebut, Ahmad Shawal mengungkapkan perkara-perkara baharu berkaitan system pertanian ‘moden’.
Walaupun digambarkan mengenai kegiatan Panglima Nikosa dalam peperangan, namun idea yang lebih ditumpukan pengarang ialah bagaimana membina kehidupan yang lebih baik melalui sistem pertanian untuk perdagangan berdasarkan jangka waktu tertentu dan edaran penggunaan tanah untuk memastikan kesuburan tanah.
“Walaupun benih pemikiran pengarang Melayu telah disemai sejak 1876, namun perkembangannya baru kelihatan pada awal dekad 1930-an apabila Muhammad Rakawi Yusuf dan teman-temannya (Johari Anang, S.K. Haji Abdul Rahman Haji Kassim, Mohad. Daud Abdul Ghani dan Mohd Awi Anang) menerbitkan akhbar Fajar Sarawak mulai Februari 1930.”
“Melalui akhbar ini, mereka telah menyentuh beberapa kelemahan ekonomi orang Melayu. Diperlihatkan cara-cara untuk memperbaiki kedudukan sosial serta ekonomi prang Melayu yang dianggapnya terlalu menyedihkan. Hal ini dibandingkan dengan bangsa lain yang telah mendapat faedah daripada keadaan ekonomi yang menguntungkan selepas Perang Dunia Pertama.”
Pemikiran Muhammad Rakawi Yusuf melalui karya sastera menyerlah dalam novelnya Melati Sarawak (1932), sebuah novel yang bermakna, terutama dalam aspek tema, persoalan, watak dan latar yang bernafaskan kehidupan semasa penduduk Sarawak.
Pengarang katanya, berjuang untuk menyedarkan masyarakat yang masih terlena dalam keseronokan hidup dengan hiburan yang melalaikan dan memudaratkan, iaitu keasyikan kepada tradisi rakyat Gendang Melayu yang lebih popular dengan ‘Gendang Perempuan’ kerana pemukul gendang terdiri daripada kaum perempuan.
“Para pemuda terlalai kerana tergila-gila kepada ‘Syekh Gendang’ yang memberi kesan kepada merosotnya nilai-nilai moral dan daya kerja. Ini merupakan kritikan yang tajam terhadap gejala-gejala sosial yang merosakkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
“Melalui novel ini pengarang menyarankan agar dibuang tradisi hiburan yang melalaikan, dan ditingkatkan usaha-usaha pendidikan, terutama di kalangan kaum wanita kerana merekalah yang menjadi pendidik kepada generasi akan datang.”

Hamzah Hamdani menjelaskan, tokoh penulis yang menyerlah selepas zaman Muhammad Rakawi Yusuf ialah Mohammad Bujang, iaitu guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang menggunakan nama pena Melati Sarawak, yang diinspirasikan oleh novel Melati Sarawak.
Katanya, hasil karya Melati Sarawak – puisi, cerpen dan rencana tersiar dalam Warta Ahad, Warta Malaya, Warta Jenaka dan Utusan Sarawak.
“Dalam penulisannya, Mohammad Bujang berani menyuarakan pandangannya mengenai masa depan bangsa Melayu di Sarawak.
“Hal ini memperlihatkan betapa penulis telah menyuarakan pandangan-pandangannya kepada masyarakat dan dianggap boleh membawa kesan yang meluas sehingga ada usaha-usaha menghalang kegiatannya oleh pihak pemerintah.”
Menurut Hamzah, kesedaran golongan penulis membentuk organisasi pengarang, yang memperjuangkan bahasa Melayu, mulai timbul pada dekad 1960-an.
Pada 1962 katanya, Angkatan Sasterawan Sarawak (ANNSAR) ditubuhkan dan usaha bereprsatuan yang lebih mantap dilakukan pada dekad 1970-an melalui Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak (Pebas) yang ditubuhkan pada 1970 – bergabung dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) – dtubuhkan pada 23 Oktober 1970.
Kejayaan besar Pebas katanya, menjayakan Hari Sastera ketiga pada 1974 di Kuching. Persatuan ini da[at bertahan sehingga pertengahan dekad 1990-an, namun tidak begitu aktif sejak dekad 1980-an.
Beberapa badan lain muncul seperti Angkatan Karya Sarawak (AKS) di Kuching dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera) di Miri.
Pada 1982, Pebas, AKS dan Putera menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) serta menjadi ahli kepada Gapena.
Antara kejayaan besar GPPS ialah menganjurkan Hari Puisi Nasional ke-9 di Sematan, Sarawak pada1984, dan banyak menerbitkan buku-buku hasil karya penulis Sarawak.
“Sayangnya GPPS hanya dapat bertahan sehingga pertengahan dekad 1990-an. Daripada demikian banyak persatuan penulis yang muncul di Sarawak, hanya Putera (yang ditubuhkan pada 1980) yang dapat bertahan dan aktif sehingga ke hari ini.”
Kemunculan golongan penulis di Sarawak jelas Hamzah, berterusan sehingga ke hari ini walaupun peranan mereka tidak menyerlah seperti golongan awal yang menjadikan penulisan sebagai media perjuangan dalam mencapai cita-cita sosial atau politik mereka.
“Generasi penulis pada dekad 1970-an sehingga kini lebih menumpukan perhatian kepada perjuangan sebagai penulis yang mencipta karya sastera.
“Ramai yang menghilang apabila ‘beban’ tugas pekerjaan harian mereka menuntut perhatian yang lebih utama,” katanya.
Namun katanya, ramai yang masih dapat bertahan yang mengungkap persoalan sejarah, politik, ekonomi, sosial dan budaya yang menuntut perhatian khalayak dalam karya-karya mereka.
“… kerana pengungkapan itu tidak dalam wadah perjuangan melalui organisasi politik, sosial dan budaya yang berkesan, maka ia dilihat sebagai karya sastera semata-mata. Perbincangan mengenainya lebih ditumpukan sebagai karya seni, bukan sebagai media pengucapan perjuangan mereka yang bersifat ‘politik’.”
Hamzah mengharapkan para penulis bukan sekadar mencipta karya sastera yang unggul kualitinya, juga mengungkapkan falsafah perjuangan mereka dalam menghadapi gejolak zaman.
“Nilai-nilai inilah yang harus kita gali daripada karya sastera agar kita dapat mengangkat kualiti seseorang penulis itu daripada peringkat penulis ‘biasa-biasa’ sahaja kepada penulis yang mempunyai falsafah perjuangan yang bernilai ‘abadi’: yang mencari, memperjuangkan dan mempertahankan kebenaran.
“Dalam hal ini, saya ingin menyarankan kepada para penulis Sarawak agar menggali sejarah silam dan memberinya makna terkini dalam karya pelbagai genre.
“Sejarah bukan hanya fakta peristiwa silam, tetapi ia dapat dijadikan cermin iktibar untuk difahami, dihayati dan dicontohi kebaikannya oleh generasi pembaca hari ini.
“Banyak lagi peristiwa sejarah yang dapat diungkapkan secara penuh makna dalam konteks kehidupan hari ini. Yang penting ialah, apakah ideology atau falsafah pengarangnya. Hal inilah saya fikir perlu diberikan perhatian oleh para pengarang generasi muda,” tambahnya.
Pengarang jelasnya, bukan sekadar tukang cerita, dan tidak harus berfalsafah secara langsung dalam karya sehingga ia akan meninggalkan kesan hambar atau mendatar pada nilai estetik karya tersebut.
Kehebatan seseorang katanya, ialah pada keterampilannya menyeimbangkan kesepaduan di antara perutusannya dengan bentuk seni yang mendukung perutusan tersebut.
“Kualiti inilah yang harus kita bina, pupuk dan perkukuhkan pada pengarang generasi muda hari ini,” tambahnya.

Utusan Sarawak, 21 Ogos 2008
No comments:
Post a Comment