RANAH kognitif biasanya dibincangkan di kalangan lingkungan akademia khususnya dalam persoalan pengajaran dan pembelajaran manusia. Ia merujuk kepada tahap pengetahuan yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengulas lanjut akan hal ini, Dr. Shahri Abdul Rahman di Perkampungan Penulis Sarawak 2008 melalui makalah Memahami Ranah Proses Pembelajaran Dalam Watak dan Perwatakan Dayang Puteri, beliau menjelaskan, nama yang sering dikaitkan dengan teori pembelajaran berasaskan aktiviti kognitif ialah Benjamin Bloom.
Menurutnya, teori tersebut mencadangkan tiga ranah terlibat dalam proses pembelajaran (aktiviti pemikiran semasa menerima pengajaran).
“Ia dikenali sebagai ranah aktiviti pendidikan dan terdiri daripada ranah kognitif (proses mental), ranah afektif (hati, perasaan dan nurani) dan ranah psikomotor (kesepakatan dan keselarasan antara pemikiran dan tindakan fizikal.
“Ketiga-tiga ranah ini dikaitkan secara langsung dengan pemerolehan ilmu pengetahuan (ranah kognitif), sikap (ranah afektif) dan kemahiran (ranah psikomotor),” katanya.
Katanya, penelitian terhadap 32 cerita rakyat dalam Dayang Puteri, susunan Jiso Rutan, telah mendapati wujudnya ranah-ranah pembelajaran yang cukup berkesan.
Pengarasan kognisi berpandukan taksnomi Bloom katanya telah mendapati wujud semua aras yang bervariasi dalam cerita-cerita kategori pengembaraan, jenaka dan cerita perwatakan binatang.
“Ranah afektif amat signifikan kerana apabila kita memahami ganjaran moral adalah bentuk pemikiran yang wujud dalam cerita rakyat, perkisahannya adalah diasaskan pada ketamadunan manusia sejagat.
“Dinamika perwatakan dalam cerita-cerita Dayang Puteri turut membangun sistem pemikiran proposisi yang berwacanakan nilai sosial yang tinggi.
“Watak haiwan dalam pengolahan personifikasi mengangkat kemoralan bersosial manusia. Sekiranya haiwan juga turut memerhatikan intipati konteks sosialisasi berasakan nilai-nilai murni, maka manusia tidak ada alasan untuk berada di kontinum yang berlawanan.,” tambahnya.
Ranah psikomotor katanya, tidak ketara dalam Dayang Puteri kecuali pergerakan daripada segi pemikran dan tindak gerak praktis watak yang sering dimajukan oleh kuasa ajaib, sakti dan dari kayangan.
Perhubungan pemikiran dengan setiap tindakan adalah dalam perspektif urutan biasa: tindakan berlaku di akhir sesuatu pemikiran melainkan apabila unsur keajaiban dan kesaktian berperan dalam lingkungan episod-episod tertentu.
“Kesimpulannya, cerita rakyat Dayang Puteri telah melatari perkisahan cerita tempatan yang mempunyai perkaitan dan jaringan intrinsik nilai-nilai sarwajagat.
“Melainkan cerita yang aslinya daripada entiti Melayu dan Melanau di Sarawak seperti Asal Usul Rumbia dan Asal-usul Datuk Patinggi di Saribas, dan ceria-cerita langsung tentang budaya Sarawak, cerita rakyat yang lain wujud dalam budaya di luar entiti Melayu dan Melanau Sarawak.”
Cerita rakyat berkenaan ujarnya, telah merentasi budaya dan konteks sosial umum dan sarwajagat sifatnya.
Katanya, “Pengajaran dan pembelajaran daripadanya harus berupaya memberi input sarwajagat hatta aras kognisi yang juga universal.”
Utusan Sarawak, 21 Ogos 2008

1 comment:
din, bila u hantar puisi 45 tahun agik, emel tahu....
Post a Comment