“SELAIN perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di peringkat negara, pada hemat saya kita tidak patut melupakan upaya untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa,” jelas Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar Siri Bicara Bahasa terbitan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Membincangkan tajuk ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ Perspektif Politik dan Pejuang Bahasa, Dato’ Abdul Rahim turut menjelaskan, sekalipun masalah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di peringkat negara belum selesai betul, namun hal itu tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengusahakan pengembangannya di peringkat serantau dan antarabangsa.
Menurutnya, upaya penyelidikan, pengajaran dan penggalakan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan pengajian Melayu memerlukan suatu perancangan yang lebih agresif dan terarah.
“Kita tidak patut berpuas hati dengan keadaan yang ada kini, iaitu bahasa Melayu dikaji dan dipelajari atas dasar minat individu dan kelompok tertentu di luar negara. Peranan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya kita di luar negara harus membabitkan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu di negara asing sama ada melalui perancangan kursus bahasa dan pewujudan pusat sumber yang memperagakan hasil-hasil persuratan kita.”
Di samping itu, katanya, perlu ada perencanaan kolaborasi yang lebih erat dan berfokus antara institusi pengajian dan penyelidikan dengan institusi luar negara.
“Sebagai langkah awal, DBP telah menubuhkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu pada umumnya berusaha menyelaraskan kegiatan penyelidikan, pengajaran dan penggalakan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajian Melayu di seluruh dunia.
“Kita mengharapkan bahawa melalui upaya mengembangkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, kita akan dapat mengembalikan kegemilangan bahasa dan tamadun Melayu yang pada sekitar abad ke-15 dan 16 dahulu menjadi bahasa antarabangsa., baik dalam bidang perdagangan, diplomatik, dan perhubungan umum.”
Sementara, Dato’ Haji A. Aziz Deraman yang membicarakan Bahasa Asas Pembinaan Tamadun Bangsa juga dalam Siri Bicara Bahasa pula menjelaskan, kekuatan rohaniah dan jasmaniah sesuatu bangsa dan tamadun banyak bergantung kepada bahasa.
“Demikian juga bahasa Melayu yang menjadi jiwa kepada bangsa Melayu yang kini berkembang menjadi kekuatan kesatuan bangsa Malaysia. Bahasa itu juga merupakan perasaan penutur bangsa serumpunnya. Bahasa Melayu adalah bahasa bagi negara Malaysia.
“Pembinaan dan pengembangannya bukan lagi setakat sebagai alat komunikasi semata-mata. Segala usaha dan upaya kita selama ini melalui penghasilan kerja dalam aktiviti-aktiviti teras program pembinaan dan pengembangannya tidak seharusnya mengalpakan kita.”
Bahasa Melayu katanya, seperti juga bahasa-bahasa lain di dunia mesti berkembang seiring dengan meluasnya penggunaan bahasa itu dalam pelbagai arena ilmu, baik yang berasaskan sains dan teknologi mahupun yang berteraskan manusia dan kemanusiaan.”
Katanya, bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa ilmu pengetahuan, media, falsafah, kesusasteraan dan saluran fikiran bangsa sehingga menjadi sebahagian penting daripada bahasa dan persuratan dunia.
Menurutnya, melihat kepada sistem pendidikan dan kemajuan rakyat sejak beberapa dekad yang lalu dan kepada perancangan masa depan negara, seimbang dengan kemajuan sains dan teknologi, ekonomi dan perindustrian, maka kedudukan bahasa Melayu bukan lagi bertaraf bahasa kelompok atau bahasa orang Melayu sahaja.
“Bahasa Melayu sedang menuju ke tahap pembinaan kebudayaan tinggi yang akan mencipta peradaban bangsa. Cita-cita itu perlu dibina serentak dalam kestabilan politik yang ada, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
“Mungkin hal tersebutr memerlukan revolusi pemikiran dalam konteks baru, suatu tranformasi kebudayaan atau naissance (pembaharuan) dengan mencetuskan kemajuan sebuah tamadun dan memupuk kelahiran baru dalam pengisian tamadun bangsa Malaysia itu melalui bahasa.”
(Disiarkan di Stail Utusan Sarawak: 17 Mei 2007)

No comments:
Post a Comment