ARTIKEL 1: Pemantapan
karya dan penerbitan
HAJI
Hamzah Hamdani ketika membentangkan makalah Ideologi
Pengarang, Pemantapan Karya dan Penerbitan
dalam Perkampungan Penulis Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(Gapena) 2012 baru-baru ini menyatakan, dalam PPG dekad 1990-an,
perbincangan mengenai ideologi pengarang tidak diberikan perhatian.
Namun
dalam perkembangan sastera mutakhir, ada kesedaran supaya
perbincangan mengenai ideologi pengarang diberikan perhatian. Zaman
kini, perhatian memang lebih bersifat politik.
“Walaupun
ideologi sering kali dikaitkan dengan politik, seperti demokrasi,
sosialis, komunis dan Islam, namun perbincangan mengenai ideologi
dalam konteks ini tidak bersifat politik.
“Menurut
Yudiaryani,
ideologi tidak hanya terkait dengan suatu proses berfikir seniman,
namun ideologi muncul pula melalui proses pentafsiran dari penikmat
atau masyarakatnya,”
katanya.
Kehadiran
sebuah karya seni jelas Hamzah sesungguhnya merefleksikan dialektika
pemikiran antara seniman dan masyarakat.
“Terkadang
karya seni tertentu mendukung hadirnya norma dan tingkah laku
masyarakat. Namun pada saat tertentu, justeru karya seni melawan dan
mendobrak nilai-nilai moral masyarakat.
“Seni
yang terlibat pada persoalan masyarakat tersebut pastilah memiliki
ideologi, disedari atau tidak oleh senimannya. Untuk itulah merunut
ideologi dalam karya seni dapat diawalkan melalui pemahaman gagasan
yang ada dalam karya seni tertentu.”
“Lalu
dirumuskan oleh Lephen Purwaraharja bahawa ideologi adalah gagasan,
nilai, norma, falsafah hidup atau keyakinan diri,” katanya.
Katanya,
pada zaman ASAS '50 pada dekad 1950-an, biasa didengar cita-cita
perjuangan “Seni untuk Masyarakat” dan “Seni untuk Seni”.
Ketika itu, penulis secara jelas terlibat dalam perjuangan politik
dan sosial menjelang negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Kesusasteraan
ujarnya, menjadi 'alat' untuk memperjuangkan kemerdekaan atau
menuntut keadilan sosial.
Gerakan
sosialis memang amat menyerlah dalam perjuangan politik dan gerakan
buruh di Singapura ketika itu. Namun pada dekat 1960-an, apabila
ramai penulis terlibat dalam ASAS '50 berpindah ke Kuala Lumpur lalu
menubuhkan PENA (1961), slogan “Seni untuk Masyarakat” tidak
muncul lagi.
Namun
ideologi tersebut sebenarnya masih melekat dalam cita-cita perjuangan
penulis ASAS '50 seperti Keris Mas dan Usman Awang. Dalam gerakan
badan pengarang, slogan tersebut tidak lagi menjadi sebutan.
“Pada
dekad kedua abad ke-21 ini, masiah relevankah penulis memegang kuat
pada sesuatu ideologi? Dalam dunia politik, ideologi komunis atau
sosialis yang begitu hebat pada dekad-dekad selepas Perang Dunia
Pertama, kita semakin sirna apbila Republik Rakyat China semakin
cenderung ke arah ideologi ekonomi kapitalis dan Rusia pula cenderung
menganut ideologi demokrasi seperti Amerika Syarikat.
“Oleh
kerana kita mengambil pengertian ideologi dalam konteks individu,
iaitu himpunan nilai, idea, norma, kepercayaan dan keyakinan yang
dimiliki seseorang, maka setiap penulis harus sedar terhadap ideologi
anutannya.
“Sebenarnya,
secara tidak disedari, setiap penulis menganut ideologinya
masing-masing berdasarkan lingkungannya, bidang pendidkan, taraf
sosial, agama dan khalayak pembacanya.
“Bagi
penulis yang menajdikan karyanya sebagai sumber rezekinya, dia akan
menulis menurut selera pasar. Namun bagi penulis yang mementingkan
seni, kehendak pasaran tidak menarik perhatiannya. Yang penting,
hasil karyanya mencapai suatu tahap kualiti seni yang memuaskan, yang
akan tahan diuji zaman, malah menjadi 'karya agung' bagi bangsanya.”
Untuk
itu, Hamzah menjelaskan peserta PPG sewajarnya memiliki ideologi
pengarang yang tidak cenderung kepada kehendak pasaran agar dapat
mencipta hasil karya yang tinggi nilainya, yang bernilai sastera,
yang menggambarkan pemikiran tinggi pengarangnya.
“Walaupun
mencipta karya 'popular' akan membawa pulangan keuntungan kewangan
yang besar jumlahnya, namun ia akan hilang ditelan zaman seperti
buih-buih di pantai.”
ARTIKEL 2: Perkampungan
Penulis Gapena
DENGAN
tema 'Martabat Sastera Pemersatuan Bangsa', Gabungan Persatuan
Penulis Nasional (Gapena) berjaya mengadakan Perkampungan Penulis
Gapena 2012 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.
Perkampungan
kali ini yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Karyawan Sastera
(Pekasa) Sarawak selaras dengan tujuan 4.7 dalam Perlembangan
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), iaitu mengusahakan
peluang untuk penulis memajukan bakat mereka, Gapena melaksanakan
tujuan itu sejak awal penubuhannya pada 23 Oktober 1970 melalui
kegiatan badan gabungannya.
Pada
1980, Gapena bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan
siri Bengkel Penulisan Kreatif Wilayah di seluruh Malaysia
berdasarkan zon.
Mulai
dekat 1990-an, Gapena bersama-sama badan gabungan menjayakan tiga
siri Perkampungan Penulis Gapena (PPG) berdasarkan enam zon.
Peserta
terbaik dalam PPG 1994 dan 1996 diikutsertakan dalam program
penulisan di Padang, Sumatera Barat (1995) dan Rupat, Riau (1997).
Hasil
penulisan peserta dalam genre puisi, cerpen, novel dan skrip drama
pentas diterbitkan oleh DBP. Gapena akan meneruskan PPG bagi
memperteguh matlamat penubuhannya.
Tujuan
pertama PPG ialah membimbing penulis dalam genre puisi, cerpen dan
novel kanak-kanak serta remaja yang menjadi ahli badan gabungan (pada
lingkungan usia 18 hingga 35 tahun).
Kedua,
mendedahkan mereka (penulis) kepada kemahiran dunia penulisan yang
luas bagi menghadapi cabaran dunia global.
Ketiga,
mengusahakan peluang program penulisan di peringkat serantau/serumpun
bagi peserta yang terbaik.
Keempat,
mengusahakan penerbitan hasil karya peserta dalam majalah dan
antologi puisi, antologi cerpen dan novel kanak-kabak/remaja.
Sebanyak
lima kerta dibentangkan dalam PPG kali ini. Untuk sesi pertama,
kertas kerja yang dibincangkan ialah Esei
Kritikan Sastera
oleh Ja'afar Haji Hamdan dan Proses
Penciptaan Karya Puisi
oleh Rosani Hiplee. Pengerusi sesi ialah Awang Kelana Awang Hassan.
Dua
kertas kerja dalam sesi kedua ialah Proses
Penciptaan Karya Cerpen
oleh Mohd. Ali Salim dan Proses
Penciptaan Karya Novel
oleh Haji Hamdan Hamdani. Pengerusi sesi ialah Naziah Naziri.
Hamzah
Hamdani seterusnya membentangkan Ideologi
Berkarya dan Penerbitan
dalam sesi ketiga yang dipengerusikan oleh Dahiri Saini.
Bersempena
PPG kali ini, turut diadakan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat
Negeri Sarawak yang dimenangi oleh Rosni Ili.
ARTIKEL 3: Memori
Abadi disalah tafsir
JAYA
RAMBA
MEMBACA
ruangan sastera pada 17 September 2012 lalu, saya rasa terpanggil
membuat respon balik. Alangkah tidak percaya dan tidak menyangka
itulah penilaian tentang novel
Memori
Abadi oleh seorang Profesor dalam seminar Pelbagai Kaum 2012 di Dewan
Orkestra di ASWARA baru-baru ini.
Di
sini, elok saya menambah tanggapan berkenaan setelah saya lebih awal
membaca novel berkonsepkan biografi oleh Poul Nanggang. Maka, saya
berani mematahkan penilaian pembentang yang juga seorang tokoh bahasa
Melayu di sebuah institusi besar.
Setelah
bencana besar yang melanda novel Interlok yang dikritik hebat, kini
tiba giliran novel Memori Abadi direndah-rendahkan. Malah diletakkan
ditahap paling rendah oleh tokoh hebat itu.
Dalam
negara kita ini, seakan hanya ada tiga bangsa yang boleh menulis
dalam bahasa Melayu. Atau kita sudah lupa untuk mengenali adat budaya
etnik kecil di Sabah dan Sarawak.
Saya
mengenali sangat isi dan keseluruhan karya Poul Nanggang dalam novel
Memori Abadi yang merupakan luahan penulis dan bangsanya di
tengah-tengah cengkaman kemodenan. Bagaimana boleh mengatakan bahawa
novel berkenaan gagal bangkit?
Dalam
aspek emosi dan sikap, Poul Nanggang melontarkan rasa tidak puas hati
terhadap bangsanya sendiri. Malah rasa tidak puas hati itu ditujukan
kepada banyak pihak sehingga yang dilihat kurang memberi pembelaan
sewajarnya tentang nasib masyarakat yang terpinggir.
Dalam
aspek matlamat dan tanggungjawab, saya rasa berjaya dalam novel ini.
Cuma cara penyampaian Poul berjela-jela sehingga beliau tidak dapat
mengawal cara penyampaian menurut keindahan berbahasa.
Dalam
aspek pemahaman dan pemikiran, saya melihat amat luas apa-apa yang
diluahkan kepada pembaca. Kita sedar bahawa kebebasan menulis itu
terpulang kepada penulis sendiri bagi menggarap sejauh mana hasil
karya masing-masing.
Terpulang
kepada pihak penerbit sama ada mahu menerbitkannya atau tidak.
Mengatakan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak silap,
Prof Dr. Teo tidak sewajarnya menegur dengan keterlaluan.
Pihak
DBP Sarawak melihat perspektif latar kisah bangsa di Sarawak dalam
lingkung kebangsaan. Individu yang mengedit novel ini adalah tokoh
terbaik di Sarawak. Malah novel ini diterima dan diluluskan oleh
bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
Komen
saya, inilah akibatnya apabila seorang tokoh bahasa yang tidak
mendalami seni sastera dalam menilai sebuah novel etnik pelbagai
kaum. Mungkin beliau hanya cenderung
dan
pakar dalam bahasa Melayu tetapi tidak pakar dalam menilai sastera.
Jika pembentang di Malaysia bersikap 100 peratus menilai dengan
mengutamakan kelemahan, maka saya percaya kelompok penulis akan
mandul cara kepengarangan mereka.
Penulis
minoriti juga merasa ketakutan untuk mengungkai kisah hidup bangsa
mereka. Atau perkembangan awal ini boleh menjadikan sastera kita
dibunuh oleh pihak bergelar tokoh. Atau amat perlu pihak penganjur
menjemput pembentang yang lebih menjiwai seni sastera sebagai tukang
bentuk penulis dimartabatkan.
Pembentang
yang bertanggungjawab adalah pembentang yang lebih bersikap berbelah
bahagi dengan menterterakan kekurangan dan kelebihan karya penulis.
Bukannya datang dengan membentang hanya mencemuh, mencaci dan
merendahrendahkan karya serta penulis berkenaan.
Masakan
novel Memori Abadi tidak ada kelebihan tersendiri? Tidak dapat
dinafikan, sesebuah karya ada kelebihan dan kekurangan. Namun, harus
dinyatakan juga kelebihan mengukur keseluruhan karya berkenaan
sebagai motovasi penulis.
Bukan
saya seorang teramat kecewa, malah penulis lain juga kecewa dengan
pengakuan luar biasa ini. Penulis sendiri tidak diberi ruang membela
karyanya. Penulis pasti berasa amat kesal.