HADIAH Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan para penulis kreatif di negeri ini memanfaatkan ilmu penulisan sastera yang telah dibekalkan kepada mereka melalui bengkel penulisan pada tahun-tahun yang lalu secara bersungguh-sungguh, khususnya bagi genre cerpen dan puisi serta kritikan dan skrip drama.
Seterusnya, memupuk dan menghargai kegiatan penulisan karya sastera kreatif. Berikut adalah nama penerima anugerah tersebut bagi kategori cerpen, puisi, esei dan skrip drama. Karya tersebut dinilai setelah disiarkan di media massa sepanjang tahun 2006.
Kategori Cerpen
· Jaya Ramba (Antu Pala’ – Mingguan Malaysia)
· Jais Sahok (Hadiah Untuk Cikgu – Dewan Sastera)
· Abang Patdeli Abang Muhi (Membaca Igbal – Utusan Sarawak)
Kategori Puisi
· Zainal Abidin Suhaili (Hujung dan Pangkal – Dewan Sastera)
· Desmond Manja Gasan (Hubungkan Kita Seperti Jalan-jalan Itu – Utusan Sarawak)
· Saiee Driss (Sepucuk Warkah daripada Tuhan – Dewan Sastera)
· Abang Median Abang Said (Cermin Hayat – Utusan Sarawak)
· Poul Nanggang (Doa Untuk Permata Kalbu – Dewan Sastera)
Kategori Esei
· Awang Azman Awang Pawi (Anwar Ridhwan: Daripada Tukang Cerita kepada Pewacana – Dewan Sastera)
· Jais Sahok (Menjejaki Keindahan Masa Silam dalam sajak Mohd. Taufek – Utusan Sarawak)
· Jeniri Amir (Randau di Sebuah Rumah Panjang Timbulkan Pelbagai Persoalan – Utusan Sarawak)
Kategori Skrip Drama
· Dahiri Saini (Nazar Kumal – Dewan Sastera)
Disiarkan di Utusan Sarawak, Khamis, 13 September 2007
No comments:
Post a Comment