SAYA berasa terpanggil utk menyentuh sedikit perihal naskhah Sidang Hantu-Hantu dalam randau yang agak terbatas sifatnya.
Pertama kenapa Sidang Hantu-Hantu walhal judul asalnya Hanturisme? Retorikanya jelas dalam aspek naskhah itu sendiri. Kedua mungkin versinya pementasan atau auranya mengambil kita dalam ikon pementasan. Saya percaya pemikiran dalam bentuk penulisan dan
pementasan jurang rasa dan impak yang ketara sekali akan 'instint'nya.
Untuk marga yang percaya dunia global masa ini sbagai subjek yang relatifnya 'pintar', maka ia berlaku dan terus berlaku. Ironisnya jelas, bahawa jika dibaca sepintas mungkin minda cuma merasa tanpa melihat, jika dipentaskan, maka dpt merasa dan melihat, dua aura yang
berbeza, itu barangkali.
Jelas di sini, produksi Pekasa positif, bahawa Pekasa melihat semua aspek kesusasteraan dalam jagat penyebaran utk khalayak. Justeru itu, semoga apa saja sarat impian itu terlaksana dalam bentuk pementasan.
Syabas kepada Pengarah Sidang Hantu-Hantu, Awang Kelana dan produksinya yang mencabar diri untuk bergelut dalam kancah latihan dan sebagai untuk merealisasikannya.
Kepada Ali Mohd yang diberi tanggungjawab sebagai 'mastering efek', sesuatu yang cukup membuat saya rasa terharu. Sebelum ini beliau merupakan orang kuat dalam dunia perfileman yang akrab dengan Pengarah, Aziz M. Osman sanggup memberi ilmunya demi pementasan ini.
(Utusan Sarawak, 27 Disember 2007)

No comments:
Post a Comment