Cabaran globalisasi terhadap masa depan sastera

“ISU globalisasi amat rencam dan melibatkan pelbagai sektor kehidupan termasuk dunia sastera. Tapi, benarkah globalisasi telah menguasai seluruh ceruk dan caruk kehidupan atau sekadar momokan mitos baru. Kelompok yang berpegang kepada liberalisme atau pluralisme menganggap globalisasi sebagai produk terakhir sejarah manusia,” kata

Golongan liberal katanya percaya kepada kesempurnaan manusia dan demokrasi sebagai alat untuk memacu kemajuan. “Demi mencapai progres pelbagai pihak perlu memainkan peranan dan negara bukanlah satu-satunya aktor politik.

“Kelompok lain seperti korporat multinasional boleh berperanan sebagai aktor transnasional. Selain itu, organisasi antarabangsa juga penting bahkan termasuk kumpulan yang mereka gelarkan sebagai teroris.”

Liberalisme katanya, melihat persoalan ekonomi, alam sekitar dan isu teknologi perlu mendominasi globalisasi dan bukannya isu ketenteraan atau imbangan kuasa.

Globalisasi katanya, telah banyak diperkatakan tetapi wajah globalisasi itu tidak dapat dirincikan dengan sempurna.

Pelbagai perubahan telah berlaku dalam sejarah peradaban manusia tetapi ciri-ciri penerusan budaya lama terus diamalkan, dan hal inilah yang terus kekal sebagai jati diri setiap masyarakat.

Negara-negara bangsa moden di Asia Tenggara muncul kesan daripada penjajahan barat dan mengambil bentuknya sekarang selepas Perang Dunia Kedua. Malaysia sebagai negara bangsa muncul dengan wajahnya sekarang pada 1963 dengan mengambil bentuk persekutuan.

“Dalam memperkukuh jati diri negara bangsa, nasionalisme amat penting. Sastera Melayu sejak zaman penjajahan memainkan peranan penting sebagai medium menyebarkan pemikiran baru dan meniupkan semangat di kalangan masyarakat terdidik.

“Pengarang Melayu rata-ratanya bukan dari kelas bangsawan lebih memberi tumpuan kepada kalangan rakyat bawahan dan menggunakan bahasa Melayu. Virginia Matheson Hooker misalnya menggolongkan masyarakat ini sebagai nasionalisme budaya.

“Tetapi, pada tempat lain beliau merujuk kelompok ini sebagai etnonasionalisme. Pengarang Melayu perlukan jati diri sebagai pengesahan diri, pengenalpastian diri dan menguatkan keyakinan diri sebagai orang Melayu.”

Katanya, bagi membangun dan membangkitkan semangat nasionalisme ini, pengarang Melayu telahg menggilap kembali retorik lama dan mencipta retorik baru dalam membina kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan lain-lain berhubung cinta-etnik.

Jelaslah, nasionalisme anti penjajahan bermula dengan domain dalaman yang mengandungi tanda-tanda identiti budaya yang penting seperti bahasa dan agama. Semangat ini perlu dimantapkan oleh domain dari luar yang berkaitan ekonomi, tatanegara, sains dan teknologi.”

(Utusan Sarawak, 13 Disember 2007)

No comments: